Juruservis Pest Control (Molek-Permas-Johor Jaya)
Rentokil Initial, Malaysia

Experience
1 Year
Salary
0 - 0
Job Type
Job Shift
Job Category
Traveling
No
Career Level
Telecommute
No
Qualification
High School or equivalent
Total Vacancies
1 Job
Posted on
Feb 24, 2021
Last Date
Mar 24, 2021
Location(s)

Job Description

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 35,000 rakan sekerja di 70 buah negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan kehidupan, contohnya dengan mengawal pembiakan makhluk perosak, meningkatkan mutu kebersihan dan memperbaiki ruang dalaman haruman.

Kami pakar dalam bidang kami kerana kami melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.

Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang telah kami tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com


Mengenai Rentokil Pest Control

Rentokil Pest Control adalah syarikat kawalan makhluk perosak komersial yang terkemuka di dunia yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, tekun dan mesra kepada semua pelanggan kami. Kami beroperasi di lebih daripada 65 buah negara dan kami menduduki tempat 3 teratas di 63 buah negara. Kami sangat inovatif dan mempunyai kepakaran teknikal dan saintifik yang terkemuka di mana pelanggan kami mencari kami kerana pengetahuan dan integriti kami. Walaupun kami tidak menyediakan perkhidmatan yang paling mewah, semua pelanggan kami tetap merupakan keutamaan kami. Untuk memastikan perkhidmatan dijalankan, kami sebagai organisasi pembelajaran yang mempunyai akreditasi oleh kerajaan akan sentiasa memberi latihan, kelayakan dan peluang kepada rakan-rakan sekerja kami yang dihargai.

Requirements

Sebagai seorang Juru Servis (Service Technician) bahagian Pest Control, anda merupakan 'muka hadapan' syarikat kami kerana anda akan bertemu dengan pelanggan amp; melaksanakan servis kawalan makhluk perosak di tempat mereka.

Jenis-jenis servis kawalan makhluk perosak yang digunakan oleh kami di antaranya adalah:

- servis kawalan semut

- servis kawalan kumbang katil (bed bugs)

- servis kawalan lipas

- servis kawalan nyamuk

- servis kawalan serangga bersayap lain

- servis kawalan serangga lain (seperti stored-products insects)

- servis kawalan burung jenis perosak

- servis kawalan tikus

- servis kawalan anai-anai

- servis pewasapan (fumigation)


  • Tugas utama anda adalah untuk melakukan servis kawalan perosak seperti semburan kimia khas, pewasapan amp; pemasangan perangkap untuk menghapuskan lipas, semut, anai-anai, nyamuk, tikus, lalat, kekaltu, dan sebagainya.
  • Selain itu, tugas anda juga adalah untuk membina amp; mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan-pelanggan kami
  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti sepanjang masa.


Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia LELAKI / PEREMPUAN, berumur antara 21 hingga 35 tahun (36 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman dalam Pest Control).

2. Kelayakan minumum SPM amp; boleh kemukakan sijil original SPM amp; sijil berhenti sekolah.

3. Mempunyai lesen GDL. Harap maklum, ini bukannya jawatan 'driver'. Tetapi pemegang lesen GDL diperlukan untuk memandu van syarikat semasa anda keluar ke tempat pelanggan untuk melakukan servis kawalan makhluk perosak.

4. Menetap berhampiran dengan kawasan servis (Molek, Permas, Johor Jaya).

5. Mempunyai minat melakukan kerja servis amp; kerja di luar.

6. Boleh bekerja lebih masa walaupun pada waktu malam.

7. Pengalaman tidak diperlukan, latihan intensif disediakan. Adalah menjadi kelebihan jika anda memiliki sijil PAL/APAL/MFL/AQIS.

8. Jiwa raga mestilah kental, berdisiplin, sihat tubuh badan untuk melakukan kerja kasar, dan mempunyai minat dalam pekerjaan ini.

9. Pengambilan pekerja asing bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan tertakluk pada permohonan visa mereka sendiri

Benefits

Mengapa pilih Rentokil Initial?

Kami merupakan organisasi antarabangsa terkemuka yang menyediakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak dan hygiene di Malaysia. Selain gaji pokok, kami menawarkan:

  • Elaun, insentif, bonus tahunan
  • Caruman EPF, SOCSO amp; EIS
  • Khidmat klinik panel serata negeri
  • Insuran kemalangan, insuran nyawa amp; insuran kemasukan hospital
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja)
  • Peluang kenaikan gaji/pangkat berdasarkan prestasi kerja anda dan banyak lagi!


Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan me

Job Specification

Job Rewards and Benefits

Rentokil Initial

Information Technology and Services - Dhaka, India
© Copyright 2004-2024 Mustakbil.com All Right Reserved.