Laundry Operator (Dust Mat/Carpet Division) - Chemor
Rentokil Initial, Malaysia

Experience
1 Year
Salary
0 - 0
Job Type
Job Shift
Job Category
Traveling
No
Career Level
Telecommute
No
Qualification
High School or equivalent
Total Vacancies
1 Job
Posted on
Jul 19, 2022
Last Date
Aug 19, 2022
Location(s)

Job Description

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara.

Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.

Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.

Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.

Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.

Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com


Kami sedang mencari Laundry Operator di salah satu cawangan kami iaitu di Ipoh, Perak. Tugas utamanya adalah:

  • Mengendalikan proses pencucian, pengeringan serta penggulungan/penyimpanan karpet/alas kaki pelbagai saiz.
  • Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
  • Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa mempelajari tugas baharu yang diberikan.
  • Memastikan semua mesin basuh amp; pengering karpet dalam keadaan yang baik.

Requirements

  • Warganegara Malaysia lelaki berumur antara 18 dan 35 tahun berkelayakan SPM atau setaraf.
  • Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
  • Berdikari dan boleh bekerja sendiri.
  • Sihat tubuh badan amp; mempunyai kekuatan fizikal yang baik.
  • Pengalaman tidak perlukan, latihan intensif akan disediakan.
  • Berkebolehan menulis, membaca dan mengira.
  • Memiliki kenderaan sendiri untuk datang kerja.

Benefits

Ganjaran dan Faedah

  • Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
  • Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
  • Faedah rawatan pesakit luar.
  • Faedah rawatan mata dan gigi.
  • Caruman KWSP, PERKESO amp; SIP.
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
  • Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.


Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.


Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!


Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!


Lokasi cawangan ini:

Rentokil Initial (M) Sdn Bhd

Cawangan Ipoh

Lebuh Perusahaan Klebang 9 Kawasan Perusahaan IGB Chemor, 30100 Ipoh, Perak.

Job Specification

Job Rewards and Benefits

Rentokil Initial

Information Technology and Services - Dhaka, India
© Copyright 2004-2024 Mustakbil.com All Right Reserved.