Laundry Operator - Butterworth, Penang
Rentokil Initial, Malaysia

Experience
1 Year
Salary
0 - 0
Job Type
Job Shift
Job Category
Traveling
No
Career Level
Telecommute
No
Qualification
High School or equivalent
Total Vacancies
1 Job
Posted on
Oct 26, 2022
Last Date
Nov 26, 2022
Location(s)

Job Description

Rentokil Initial adalah salah satu syarikat perkhidmatan perniagaan terbesar dengan lebih daripada 66,000 rakan sekerja di seluruh dunia dan beroperasi di lebih 58 negara. Syarikat kami bergantung pada komitmen, kemampuan dan kerja berpasukan di antara rakan sekerja untuk memberikan perkhidmatan dan menggembirakan pelanggan. Kami adalah peneraju pasaran dalam industri kawalan perosak dan ‘Hygiene’ selama lebih dari 50 tahun di Malaysia. Memandangkan perniagaan kami di 12 bandar besar di seluruh negara semakin berkembang, kami menjemput calon-calon yang berkelayakan dan sangat dinamik untuk berkembang bersama kami dengan penuh semangat.


Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produk sepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’.


Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
  • Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan
  • Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
  • Memastikan semua mesin berkeadaan baik
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pihak pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

Requirements

Calon yang ideal memiliki:

  • Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
  • Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk datang bekerja
  • Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
  • Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
  • Bersedia untuk bekerja lebih masa
  • Boleh bekerja berdiri
  • Mampu untuk bekerja secara shift (7.30am-5.00pm amp; 4.30pm-1.00am)
  • Berkebolehan menulis, membaca dan mengira


Sangat Diingini Jika Anda:

  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
  • Memiliki kebolehan sebagai ‘Team Leader’
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi

Benefits

Ganjaran dan Faedah:

  • Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
  • Faedah rawatan pesakit luar
  • Faedah rawatan mata dan gigi
  • Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) amp; SOCSO
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja


Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.


Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG


Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.


Lokasi:

Rentokil Initial, Plot 23 (Building 1), Jalan Jelawat, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Job Specification

Job Rewards and Benefits

Rentokil Initial

Information Technology and Services - Dhaka, India
© Copyright 2004-2024 Mustakbil.com All Right Reserved.